|
Article on other languages:
|
Rencana tunas ibarat anak-anak itik hodoh (bahasa Inggeris: "the ugly ducklings") dalam kolam Wikipedia. Ramai orang mengejeknya, dan membuat komen buruk mengenai maklumat berkualiti rendah ini. Akan tetapi, tunas juga boleh dikatakan seperti sebiji benih yang akan tumbuh dan berkembang dan akhirnya menjadi sebuah kandungan yang mantap dan lengkap. Setiap rencana di dalam Wikipedia pada permulaannya merupakan sebuah "tunas" -- walaupun laman Negara diambil dari Wikipedia Inggeris adalah "tunas" yang membentuk asas bagi penyunting yang biasa dengan tempat itu untuk menambahkan maklumat yang lebih lengkap dan mendalam. Sesetengah penyumbang lama menganggap tunas mengganggu disebabkan ia menghalang tanda yang terdapat pada rencana kosong. Akan tetapi, walaupun banyak penghinaan yang dilimpahkan kepada tunas, banyak tunas yang telah berubah menjadi lebih baik. Apabila mencipta atau menyunting rencana "tunas", penting untuk diingati nilai tunas adalah apa tunas akan jadi, dan ia mesti terus berkembang jika hendak ia terus dilawati dan disunting. Jangan anggap tambahan dan perkembangan akan berlaku dengan segera dan dengan sendirinya. Cara terbaik untuk menarik perhatian agar orang lain menyumbang adalah dengan menyuntingnya sendiri, walaupun sedikit kerana — suntingan anda akan muncul di laman Perubahan Terkini, di mana ramai wikipedian veteran gembira menyumbang, dan bersedia menyumbang di mana mereka diperlukan. Anda tidak perlu melakukan penyelidikan terperinci untuk mencipta asas yang mana orang lain bersedia untuk menyumbang, tetapi anda perlu bertimbangrasa untuk meletakkan apa yang anda tahu, dan betulkan apa yang anda tahu sebagai kurang tepat (cuba elak mengatakan hasil kerja orang lain sebagai "salah"). Antara tradisi perumpamaan cadangan tentang kebijaksanaan Wiki, terdapat pendapat bahawa rencana tidak harus "sempurna" -- dengan kesalahan satu atau dua ejaan akan menarik pembaca untuk memperbetulkan rencana dan menanam minat untuk menyunting lagi. Ringkasan idea ini adalah tumpukan pada menulis rencana atau menyuntingnya - jangan cuba melakukan keduanya. Di sini terdapat beberapa garispanduan yang dicadangkan:
Adalah mungkin bahawa anda dapat mengikut garis-garis panduan ini tanpa memerlukan anda menulis sebuah karangan. Secara amnya bagi rencana tunas sempurna, dua patah ayat adalah mencukupi — asalkan kedua-dua ayat itu adalah ayat yang benar-benar baik. Dan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik itu untuk menulis dua patah ayat yang baik, janganlah menulis rencana tunas itu. Masa tambahan dan penumpuan yang diperlukan mungkin lebih baik digunakan untuk perkara lain, berbanding mencipta sebuah rencana statik yang menjadi objek untuk dipersendakan. Diakui, panduan ini agak tidak berkait kerana walau apapun yang anda lakukan, seseorang akan memperbaika rencana itu untuk anda. Itulah kelebihan wiki! Tetapi jika anda mahu menyumbang sesuatu yang positif, dan anda tidak mampu menulis keseluruhan rencana itu bersendirian, sekurang-kurangnya biarlah sumbangan anda merupakan jemputan jelas untuk turut serta. Lihat juga Sumbang apa yang anda tahu atau sanggup pelajari". |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.