United Kingdom

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
united kingdom of great britain and Northern Ireland
Flag of United Kingdom
Cogan kataDieu et mon droit (B. Perancis)
(Tuhan dan Hak Saya)
LaguGod Save the Queen
Lokasi United Kingdom
Ibu negara
(dan bandar raya terbesar)
London
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris (de facto)
Kerajaan Raja (Monarki) Berperlembagaan
 -  Ratu Elizabeth II
 -  Perdana Menteri Gordon Brown
Penubuhan
 -  Akta Penyatuan 1 Mei 1707 
 -  Perjanjian Inggeris-Ireland 12 April 1922 
Kemasukan EU 1 Januari 1973
 -  Air (%) 1.34
Penduduk
 -  Anggaran 2005 60,209,500 (22)
 -  Banci 2001 58,789,194 
KDNK (PPP) Anggaran 2006
 -  Jumlah $2.006 trilion (ke-5)
 -  Per kapita $38,624 (ke-13)
HDI (2006) 0.940 (tinggi) (ke-18)
Mata wang Paun Sterling (£) (GBP)
Zon waktu GMT (UTC+0)
 -  Musim panas (DST) BST (UTC+1)
Internet TLD .uk
Kod panggilan +44

united kingdom of great britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland Utara) ialah sebuah negara di Eropah Barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan: UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta Kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.

UK terletak di timur laut benua Eropah dan dikelilingi Laut Utara, Selat Inggeris dan Lautan Atlantik. Selain empat kawasan utama UK, terdapat beberapa pulau atau kawasan di luar negara seperti Pulau-pulau Selat (Channel Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Hebrides, Shetland Isles yang dikira sebagai Wilayah Tanggungan Mahkota. Pulau-pulau ini tidak termasuk dalam United Kingdom, tetapi United Kingdom bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar pulau-pulau ini. United Kingdom juga mempunyai 14 Wilayah Luar Negeri yang mempunyai status hampir sama seperti Wilayah Tanggungan Mahkota.

Empayar British pernah menjadi kuasa imperialis yang berpengaruh dalam hal ehwal dunia. Pada abad ke-20, wilayah Empayar British menjadi lebih kecil akibat dekolonisasi yang pesat. Walau bagaimanapun, United Kingdom masih merupakan kuasa yang berpengaruh dalam ekonomi, politik, dan ketenteraan dunia. United Kingdom mempunyai senjata nuklear, merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, G8, Kesatuan Eropah dan Negara-negara Komanwel.

Isi kandungan

Sejarah

England dan Scotland telah mempunyai kerajaan sendiri sejak abad ke-9. Kerajaan England menguasai Wales pada 1284 dengan Statut Ruddlan. England dan Scotland telah bersetuju disatukan di bawah Akta-akta Kesatuan 1707. Penyatuan ini menubuhkan Kerajaan Great Britain. Great Britain pula disatukan dengan kerajaan Ireland di bawah Akta Kesatuan 1800 untuk membentuk Kerajaan Bersatu Great Britain dan Ireland (united kingdom of great britain and Ireland). Bahagian selatan pulau Ireland diberikan kemerdekaan pada 1922 lalu menjadi Republik Ireland. Ireland Utara masih merupakan wilayah United Kingdom, yang bertukar nama menjadi united kingdom of great britain and Northern Ireland.

Britain memainkan peranan besar dalam Zaman Kesedaran abad ke-18, dan menyumbang kepada perkembangan bidang falsafah, sains, kesusasteraan dan seni teater. Pada abad ke-19, Britain pula menyumbang kepada perkembangan fahaman demokrasi berparlimen, sastera, seni dan sains. Empayar British menjadi kaya dengan perindustrian dan eksploitasi terhadap tanah jajahan serta perdagangan dan perhambaan. Namun, Britain telah mengharamkan perhambaan pada awal abad ke-19. Mereka merupakan negara pertama mengambil tindakan ini.

Selepas Revolusi Perindustrian dan kekalahan Napoleon dari Perancis, Britain menjadi kuasa utama abad ke-19. Wilayah dan tanah jajahan Empayar British meliputi kira-kira stu pertiga keluasan dunia, dan merupakan tempat kediami lebih daripada satu pertiga jumlah penduduk dunia.

Selepas pemerintahan Ratu Victoria, Britain mula kehilangan kuasa dan pengaruh dalam perindustrian kepada Amerika Syarikat dan Empayar Jerman. Namun, Britain dan sekutu-sekutunya memenangi Perang Dunia Pertama dan berjaya meluaskan tanah jajahannya lagi. Britain, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan negara-negara Komanwel yang lain sekali lagi berjaya menewaskan Jerman dan Itali dalam Perang Dunia Kedua]]. Britain mengalami kemusnahan, kerugian yang teruk akibat perang ini. Kuasa dan pengaruhnya di dunia mula berkurang.

Pengaruh British yang semakin berkurangan dibuktikan dalam Krisis Suez 1956, apabila pihak Britain dan Perancis gagal menghalang Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser daripada memiliknegarakan Terusan Suez. Ekonomi dan perindustrian lemah menjadi unggul keadaan Britain selepas peperangan. Namun, di bawah kepimpinan Margaret Thatcher, ekonomi Britain berjaya dipulihkan. Arus perkembagan ini diteruskan selepas Tony Blair menjadi Perdana Menteri. United Kingdom telah menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 1973.

Politik

United Kingdom merupakan negara raja berperlembagaan. Raja England telah menyerah kuasa kepada Parlimen sejak perjanjian Magna Carta pada 1215. Perdana Menteri dan Kabinetnya mempunyai kuasa eksekutif. Perdana Menteri dilantik daripada parti majoriti dalam Parlimen.

Parlimen merupakan badan perundangan negara. Parlimen dibahagikan kepada Dewan Rakyat (House od Commons) dan Dewan Tuan (House of Lords). Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum manakala ahli Dewan Tuan dilantik oleh Ratu United Kingdom.

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di United Kingdom

UK merupakan gabungan empat negara konstituen (constituent nations): England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi United Kingdom

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi United Kingdom

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi United Kingdom

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di United Kingdom

United Kingdom mempunyai dua daripada universiti-universiti yang terkemuka di dunia, iaitu Universiti Cambridge dan Universiti Oxford dari mana tokoh-tokoh sains dan kejuruteraan, seperti Sir Isaac Newton, Charles Darwin, Michael Faraday, Paul Dirac dan Isambard Kingdom Brunel berasal. Negara ini juga terkenal dengan ciptaan seperti enjin stim, lokomotif, vaksinasi, television, radio, telefon, hoverkraf, internal combustion dan enjin jet.

William Shakespeare merupakan tokoh yang penting dalam kesusteraan Inggeris. Penulis-penulis terkenal dari United Kingdom juga termasuk Brontë sisters (Charlotte, Emily, dan Anne), Jane Austen, J. K. Rowling, Agatha Christie, J. R. R. Tolkien dan Charles Dickens. Penulis sajak yang terkenal ialah Lord Byron, Robert Burns, Lord Tennyson, Thomas Hardy, William Blake dan Dylan Thomas.

Lihat juga

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:


Koordinat: 51°30° N 0°07° WRalat ungkapan: Aksara tanda baca "�" tidak dikenali


 
United Kingdom (UK)
Bendera United Kingdom
Bendera England England | Bendera Scotland Scotland | Bendera Tidak Rasmi Ireland Utara Ireland Utara | Bendera Wales Wales
Daerah-Daerah England
Timur England | Timur Tengah England | Greater London | Timur Laut | Barat Laut | Tenggara | Barat Daya | Barat Tengah England | Yorkshire dan Humber

More about United_Kingdom: hotel london united kingdom, liverpool l70 1nl united kingdom, united kingdom of great britain, london united kingdom, united kingdom flag, united kingdom travel, united kingdom history, united kingdom and europe, bedfords hire kingdom united,

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.