|
Article on other languages:
|
Rusia (B. Rusia: Росси́я Rossiya) adalah sebuah negara di Eropah dan Asia tengah. Russia ialah negara terbesar di dunia dengan keluasan 17,075,400 km², meliputi hampir dua kali ganda kawasan negara kedua terbesar, Kanada. Rusia mempunyai penduduk ke-8 terbanyak di dunia. Rusia bersempadan dengan Norway, Finland, Estonia, Latvia, Lithuania, Poland, Belarus, Ukraine, Georgia, Azerbaijan, Kazakhstan, China, Mongolia dan Korea Utara. Rusia dahulunya merupakan wilayah terbesar Kesatuan Republik Sosialis Soviet. Selepas pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991, "Persekutuan Rusia" menjadi merdeka. Rusia dianggap negara pengganti (successor state) Kesatuan Soviet dan telah mewarisi keanggotaan tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan kenaikan harga minyak, Rusia telah kembali menjadi negara berkuasa dan berpengaruh dalam ekonomi, politik dan hal-hal diplomatik dunia. Rusia mempunyai senjata nuklear dan senjata pemusnahan besar-besaran. Di samping itu Rusia merupakan ahli Komanwel Negara-negara Merdeka dan kumpulan G8.
SejarahPada zaman silam, Rusia dikuasai oleh puak-puak Proto-Indo-Eropah, Scythia, Hun, Avar, Turk dan Slav. Pada alaf yang pertama, kawasan-kawasan Rusia dijajah oleh kerajaan-kerajaan berasingan dan sering diserang oleh penduduk Mongol dan Tatar. Kerajaan Moscow (Muscovy) di bawah Ivan the Great berjaya menewaskan penyerang-penyerang ini dan mengukuhkan kedudukan kerajaannya dengan meluaskan tanah jajahan di sekeliling Moscow. Pada 1547, Ivan the Terrible, Putera Agung Moscow, telah ditabalkan sebagai Tsar (Raja) Empayar Rusia yang pertama. Empayar Rusia kekal sehingga 1917, walaupun menghadapi serangan Poland, Turki dan Perancis. Empayar Rusia terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan menyertai perikatan Amerika Syarikat. Namun, Rusia mengalami kemusnahan yang teruk. Penduduka-penduduk mula menyuarakan penentangan terhadap kerajaan monarki. Pada 1917, Tsar Nicholas II telah diguling oleh kumpulan Marxist Bolshevik yang kemudiannya menjadi Parti Komunis Kesatuan Soviet. Peristiwa ini diikuti oleh Perang Saudara Rusia, iaitu pertempuran antara kumpulan Komunis yand diketuai oleh Lenin dan kumpulan Monarkis. Kumpulan Monarkis dikalahkan dan Kesatuan Soviet ditubuhkan pada 1922. Kesatuan Soviet bersekutu dengan kuasa-kuasa Perikatan semasa Perang Dunia Kedua. Namun, selepas perang ini, Kasatuan Soviet telah bermusuhan dengan Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat kerana perbezaan ideologi. Kesatuan Soviet menjadi pemimpin dunia Komunis dalam Perang Dingin. Setiusaha-setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet:
Kelemahan politik, kegawatan ekonomi, kemiskinan dan ketidakpuashatian penduduk akhirnya membawa kepada pembubaran Kesatuan Soviet. Presiden wilayah Rusia, Boris Yeltsin telah mengetuai pergerakan politik untuk menamatkan kesatuan. Perjanjian Belavezha ditandatangani pada 8 disember 1991 oleh lima wilayah Soviet untuk menubuhkan Komanwel Negara-negara Merdeka bagi menggatikan Kesatuan Soviet. Pertubuhan ini menjamin kemerdekaan wilayah-wilayah tersebut. Akhirnya, pada 25 Disember 1991, Mikhail Gorbachev, Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet mengiytiharkan pembubaran Kesatuan Soviet. Kesatuan dibahagikan kepada 15 republik merdeka, termasuk Rusia yang berubah menjadi Persekutuan Rusia. Kini, Rusia sedang mengalami pemajuan dan pembangunan semula. Rusia juga menghadapi konflik dengan golongan pemisah Chechnya, Ossetia dan Ingush. Yeltsin meletak jawatan pada 1999 dan diganti oleh Vladimir Putin. PolitikPresiden merupakan ketua negara manakala Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan. Kedua-dua jawatan ini berkongsi kuasa eksekutif, dan beribu pejabat di Kremlin, Moscow. Kuasa perundangan pula diberi kepada Perhimpunan Persekutuan. Presiden dan Perdana Menteri Rusia
Pautan luar
Senarai negara di benua Asia
Afghanistan · Amiriah Arab Bersatu · Arab Saudi · Armenia · Azerbaijan1 · Bahrain · Bangladesh · Bhutan · Brunei · China · Republik China (Taiwan)2 · Cyprus · Filipina · Georgia1 · India · Indonesia4 · Iran · Iraq · Israel · Jepun · Jordan · Kazakhstan1 · Kemboja · Korea Utara · Korea Selatan · Kuwait · Kyrgyzstan · Laos · Lubnan · Malaysia · Maldives · Mesir3 · Mongolia · Myanmar · Nepal · Oman · Pakistan · Qatar · Rusia1 · Singapura · Sri Lanka · Syria · Tajikistan · Thailand · Timor Leste4 · Turki1 · Turkmenistan · Uzbekistan · Vietnam · Yaman3 ·
More about Rusia: map of russia, russia history, st petersburg russia, moscow russia, holy nature a celebration of naturism in today russia, from russia with love, travel russia, russia news, russia girl, |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.