|
Article on other languages:
|
Sistem Cronquist dan TakhtajanDalam sistem Cronquist dan sistem Takhtajan, nama Magnoliopsida digunakan untuk kumpulan dikotiledon. Magnoliopsida dalam sistem CronquistSistem Cronquist menggunakan taksonomi dalaman yang berikut (dalam versi 1981):
Magnoliopsida dalam sistem TakhtajanSistem Takhtajan menggunakan taksonomi dalaman yang berikut:
Sistem Dahlgren dan ThorneSistem Dahlgren dan sistem Thorne (1992) menggunakan nama Magnoliopsida untuk tumbuhan berbunga (angiosperma). Bagaimanapun, sistem Cronquist telah menjadi amat popular dan oleh itu, banyak versi untuk sistem itu telah diterbitkan. Dalam sesetengah sistem berdasarkan Cronquist, nama Magnoliopsida (pada peringkat kelas) merujuk kepada tumbuhan berbunga (angiosperma).
Sistem RevealSistem Reveal menggunakan nama Magnoliopsida untuk kumpulan dikotiledon primitif yang merangkumi hampir separuh daripada tumbuhan-tumbuhan magnoliid:
Sistem APGDalam sistem APG dan APG II, nama-nama botani hanya digunakan dari peringkat susunan ke bawah. Untuk peringkat yang lebih tinggi daripada susunan, sistem-sistem ini menggunakan nama-nama sendiri, umpamanya angiosperma, eudikot, monokot, rosid, dan sebagainya. Nama-nama ini merujuk kepada klad (tidak bertaraf). Kelas Magnoliopsida tidak ditakrif. Perhatikan bahawa idea untuk menjadikan dikotiledon sebagai suatu unit taksonomi yang mempunyai nama rasmi sendiri telah ditolak oleh APG: dikot adalah parafili. Pautan luarWikimedia Commons mempunyai media mengenai:
|
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.