|
Article on other languages:
|
Dalam bidang botani, daun ialah sebuah organ tumbuhan yang bertumbuh di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis. Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi, dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun-daun merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun. Anatomi daunStruktur daun angiosperma yang lengkap terdiri daripada:
Bukan setiap spesies tumbuhan mempunyai daun yang terdiri daripada kesemua bahagian struktur tersebut. Dalam sebilangan spesies, stipul tidak ketara atau langsung tidak ada. Kekadang juga, daun tidak mempunyai tangkai atau laminanya tidak leper. Keragaman yang berbagai-bagai yang ditunjukkan oleh struktur daun dari satu spesies ke satu spesies diperihalkan dengan terperinci di bahagian jenis, susunan, dan bentuk daun di bawah. Sebagai satu organ tumbuhan, daun biasanya terdiri daripada tisu-tisu berikut:
Pautan luarWikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
More about Daun: cerita daun muda, 17 daun muda tahun, serat daun nanas, memek daun muda, syndrome de daun, daun salam, como con daun de desiplinar hijos los syndrome, daun sirih, |
This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.