Brazil

Article on other languages:

del.icio.us del.icio.us
Digg Digg
Furl Furl
Reddit Reddit
Rojo Rojo
Add to OnlyWire
República Federativa do Brasil
Republik Persekutuan Brazil
Flag of Brazil Coat of arms of Brazil
Cogan kataOrdem e Progresso
LaguHino Nacional Brasileiro
Lokasi Brazil
Ibu negara Brasília
Bandar raya terbesar São Paulo
Bahasa rasmi Bahasa Portugal
Kerajaan Republik Persekutuan Berpresiden
 -  Presiden Luiz Inácio Lula da Silva
 -  Naib Presiden José Alencar Gomes da Silva
Kemerdekaan daripada Portugal 
 -  Diisytiharkan 7 september 1822 
 -  Diiktiraf 29 Ogos 1825 
 -  Penubuhan Republik 15 November 1889 
 -  Air (%) 0.65
Penduduk
 -  Anggaran 2007 190,010,647 (ke-5)
 -  Banci 2000 169,799,170 
KDNK (PPP) Anggaran 2007
 -  Jumlah $1.701 trilion (ke-10)
 -  Per kapita $9,488 (ke-68)
HDI (2004) 0.792 (sederhana) (ke-69)
Mata wang Real Brazil (R$) (BRL)
Zon waktu BRT (UTC-2 hingga -5)
 -  Musim panas (DST) BRST (UTC-2 hingga -5)
Internet TLD .br
Kod panggilan +55

Brazil (bahasa Portugis: Brasil), officially the Federative Republic of Brazil (bahasa Portugis: República Federativa do Brasil) listen , adalah negara terbesar dan mempunyai penduduk paling ramai di benua Amerika Selatan.[1] Ia adalah negara kelima terbesar mengikut kawasan geografi, negara kelima paling banyak prnduduk, dan keempat paling padat demokrasi di dunia.[1][2] Penduduknya terdiri daripada majoriti penceramah-penceramah dunia Portugis. Bersempadan Lautan Atlantik di timur, Brazil mempunyai pantai sepanjang 7,491 kilometer (4,655 batu).[1] Ia bersempadan di utara dengan Venezuela, Suriname, Guyana dan French Guiana; di barat laut dengan Colombia; di barat dengan Bolivia dan Peru; di barat daya dengan Argentina dan Paraguay dan di selatan dengan Uruguay. Kebanyakan kepulauan di Lautan Atlantik merupakan sebahagian daripada wilayah Brazil, seperti Fernando de Noronha, Rocas Atoll, Saint Peter and Paul Rocks, dan Trindade and Martim Vaz.[1]

Brazil telah dijajah oleh negara Portugal dari tahun 1500 hingga kemerdekaannya pada 1822. Sistem Republik telah diamalkan semenjak 1889, bagaimanapun sistem parlimen diamalkan sejak 1824 , apabila Perlembagaan Brazil yang pertama telah ditandatangani. Kini Perlembagaan Brazil menyatakan Brazil sebuah Republik Persekutuan yang terdiri daripada 26 Negeri, Wilayah Persekutuan, dan Majlis Perbandaran (kini 5,564).

Brazil merupakan sepuluh ekonomi dunia terbesar di kadar pertukaran pasaran dan kesembilan terbesar dalam kuasa pembelian. Penyusunan semula ekonomi telah memberi unjuran antarabangsa baru. Ia adalah satu anggota pengasas Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, Negara Amerika Selatan Bersekutu, dan Community of Portuguese Language Countries. Penduduk orang Brazil adalah lebih banyak penganut Roman Katolik Rom, hampir semua berbahasa Portugis dan kepelbagaian etnik. Brazil merupakan juga habitat untuk hidupan liar, persekitaran semula jadi, dan sumber asli luas dalam pelbagai habitat dilindungi.

Etimologi

Brazil sempena nama pokok 'brazilwood' iaitu kayu kemerah-merahan seperti bara panas. Dalam bahasa Portugis dipangil Brasil.Penduduk asli Brazil (Tupi) memanggil pokok ini "ibirapitanga" yang bermaksud 'kayu merah'. Pokok ini digunakan untuk mewarna pakaian dan pelbagai fabrik lain.

Teori lain menyatakan Brazil dari mitos Ireland Hy-Brazil, sebuah pulau hantu menyerupai St. Island Brendan yang terletak di barat daya Ireland. Abad ke-15 banyak ekspedisi cuba mencari pulau ini seperti ahli pelayaran John Cabot.

Bumi Brazil mula ditemui oleh Pedro Álvares Cabral pada 1500 ce. Mitos Ireland ini popular di kalangan orang Iberic seperti nama Pulau Azorean Terceira . Selain itu tercatat dalam Atlas abad ke-14 - Atlas Catalan . Peta tahun 1436 iaitu peta Venice Andrea Bianco ada mencatatkan hal ini.

Sejarah

Pelbagai fosil ditemui di Minas Gerais ,menjadi bukti Brazil telah didiami sejak 8,000 tahun oleh orang Asli. Orang Eropah menemui Brazil pada 22 April, 1500, apabila Pedro Álvares Cabral mendarat di sini. Beliau mendakwa Brazil ini ibarat negara Portugal dan menamakannya Vera Cruz (Serong Tepat).

Tanah Jajahan

Sehingga 1530 Portugal mempunyai sedikit sahaja kepentingan di Brazil kerana tumpuan perdagangan dengan Indochina. Oleh itu negara Eropah seperti Perancis cuba menguasai Rio de Janeiro, dan Belanda di Recife. Maharaja Portugis mencipta sistem penjajahan di Brazil tanpa mengenakan sebarang cukai.Menerusi Sistem Captaincies Brazil telah dibahagikan kepada beberapa kawasan dan didermakan kepada bangsawan-bangsawan Portugis yang bertanggungjawab kepada raja Portugis.Tetapi sistem ini ternyata gagal kecuali di dua buah lot.

Selepas cubaan mencari dan mengeluarkan emas dan perak gagal , koloni-koloni Portugis di Brazil bertukar kepada pertanian yang dikhususkan untuk dieksport ke Eropah. Antaranya ialah tembakau, kapas, cachaca tetapi gula menjadi eksport utama hingga abad ke-18.Ladang tebu pertama diadakan pada abad ke-16 dan menjadi kunci kejayaan Captaincies São Vicente dan Pernambuco. Walaupun tebu Brazil bermutu tinggin tetapi industri ini menghadapi krisis kerana Perancis mengeluarkan gula di Antilles.

Sepanjang abad ke-18, penjelajah-penjejalah swasta yang memanggil diri mereka Bandeirantes telah menemui emas dan lombong berlian di Minas Gerais. Aktiviti perlombongan ini berjaya menutup hutang-hutang lama yang dituntut oleh Mahkamah Diraja Portugis . Cukai yang tinggi telah dikenakan hingga menimbulkan keresahan di kalangan pengusaha swasta ini. Contohnya penentangan dari Tiradentes pada tahun 1789.


More about Brazil: brazil carnival, brazil girl, yahoo brazil, brazil bang, brazil sex, map of brazil, travel brazil, brazil beach, texas de brazil,

This article is from Wikipedia. All text is available under the terms of the GNU Free Documentation License.